Di Malaysia Jambu Batu (Psidium guava) yang ditanam terdiri dari jenis berbiji dan jenis tidak berbiji (seedless). Jambu batu berbiji yang popular di tanam adalah dari jenis klon GU 8 (Nama lain Jambu Kampuchea), Klon GU 9 dan Klon GU 10 manakala untuk jenis seedless dari jenis GU 15. Kini terdapat satu jenis jambu batu baru yang bersaiz lebih besar dari biasa dan mempunyai berat lebih kurang 1kg dikenali dengan nama “Jambu Batu King” , “Jambu Batu Giant” atau “Jambu Batu Lohan”. Saya sendiri kurang pasti adakah ke tiga-tiga jenis ini adalah jenis yang sama atau tidak. Ada juga jambu batu yang mempunyai isi merah yang sesuai digunakan untuk menghasilkan jus guava. Namun, ianya jarang ditanam oleh pengusaha di Malaysia
Merupakan tanaman jangka panjang. Berasal dari tropika Amerika Selatan. Buah jambu mengandungi kandungan vitaman C 3 kali ganda lebih tinggi daripada buah oren, dua kali ganda lebih tinggi daripada buah betik dan sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada buah pisang. Kebanyakan vitamin C didapati di bahagian kulit dan mesokarpa buah. Secara amnya jenis buah yang berisi merah mengandungi vitamin C yang lebih tinggi berbanding buah yang berisi putih. Buah jambu batu mengandungi bebeapa jenis gula seperti fructose, D-gulose dan sucrose dimana kandungannya masing-masing adalah 3.4%, 2.8%, 0.3%. Kandungan gula didapati bertambah semakin buah membesar, dan akan diganti dengan sucrose apabila buah masak.
Secara amnya, pokok jambu batu memerlukan tekanan kekurangan air yang singkat untuk merangsangkan berbunga.
Di Malaysia terdapat dua musim kering iaitu pada bulan Januari-Mac dan bulan Jun-Julai. Musim kering ini akan mempengaruhi penghasilan buah jambu batu. Pada musim kemarau, pengairan adalah mustahak untuk menjamin tumbesaran dan penghasilan yang baik.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgUOi3tScdh_QGkTMhil2wi-ehm18i2sAMk_Yx0A-8WK4pTZ3DvHt9bttS7ZSHZQJDi9yRnkjEw3qramcX3osPJxgBH82IUslhsOBDGyBBaxfxvpBsiCtExOqwgN0wpOMzX55hIDsApO5ml/s400/280710+078.jpg)
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQrkaQ7M6_iA4YQrxYZ9OZEfg3OcFohcTwVSh84-ai7Bvx67K1V7v9qnTDUlR7DDwUWr-vqUhKc32IDBa2LSYt_JgE02iJ7yo0y-C08jL-LOkqgY86Iy9y9lSyCAZiuqcMGjIuSZx-qI9Z/s400/240710+117.jpg)
keterangan: | |
Tenggek burung merupakan sejenis ulam yang biasa dimakan oleh masyarakat melayu. Daunnya mempunyai rasa yang agak kelat dan ianya rangup. | |
kegunaan: | |
Digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat darah tinggi. Ia boleh dimakan sebagai ulam dengan sambal belacan. Untuk merawat darah tinggi 5-7 helai daunnya boleh dimakan sebagai ulam setiap hari.Ia juga boleh melambatkan pengeluaran mani selain dapat menyegarkan badan |
No comments:
Post a Comment